Keahlian
Keahlian Perpustakaan
Peraturan Am Keahlian Perpustakaan
- Keahlian bagi pelajar UnIPSAS adalah secara automatik apabila mereka mendaftar sebagai pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.
- Bagi keahlian Pegawai Akademik, Pegawai Pengurusan dan Profesional dan Pegawai Sokongan perlu mendaftar dengan mengisi Borang Permohonan Keahlian Perpustakaan yang boleh didapati di kaunter utama perpustakaan.
Kategori Keahlian
1. Pelajar Diploma/Ijazah Sarjana Muda / Sarjana |
|
2. Pegawai Pengurusan Tertinggi |
|
3. Pegawai Akademik. Termasuk :-
|
|
4. Pegawai Pengurusan dan Profesional. Termasuk :-
|
|
5. Kakitangan Pengurusan dan Sokongan. Termasuk :-
|
|
6. Keahlian Bersekutu. Termasuk :-
|
Kategori Keahlian Perpustakaan
Status Keahlian
- Pelajar yang menangguhkan pengajian akan diberikan status suspended sehingga mereka menyambung semula pengajian.
- Pelajar yang menarik diri dari pengajian atau tidak menamatkan pengajian atau digugurkan dari pengajian atau mana-mana perkara yang berkaitan akan diberikan status terminated.
- Kakitangan yang sedang cuti belajar di dalam negara (selain UnIPSAS) akan diberikan status study leave. Walau bagaimanapun, beliau berhak menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan.
- Kakitangan yang sedang cuti belajar di luar Negara akan diberikan status suspended sehingga mereka kembali berkhidmat dengan UnIPSAS dan berhak menggunakan semua perkhidmatan perpustakaan kecuali perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan tarikh pinjaman bahan.
- Manakala kakitangan yang melanjutkan pelajaran di UnIPSAS akan menerima pakai keahlian sebagai kakitangan seperti sebelumnya dan berhak menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan.
Keahlian Bersekutu
Peraturan Am Keahlian Bersekutu
Mana-mana individu atau institusi (kerajaan dan swasta) yang berminat untuk menjadi ahli Perpustakaan UnIPSAS boleh berbuat demikian dengan melengkapkan borang Permohonan Keahlian Bersekutu Perpustakaan dan Surat Jaminan dari majikan atau mana-mana pihak yang berkenaan beserta dua keping gambar.
Bagi keahlian bersekutu, caj RM10.00 dikenakan untuk kad keahlian.
Kutipan yuran kad keahlian diserahkan kepada pihak Bendahari UnIPSAS dalam tempoh 3 hari bekerja.
Resit pembayaran dari pihak Bendahari UnIPSAS akan diserahkan kepada pelanggan bersama-sama dengan kad keahlian luar.
Semua pelanggan keahlian bersekutu dibenarkan membuat rujukan dan menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan.
Setiap pelanggan keahlian bersekutu bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Perpustakaan sebarang pertukaran alamat atau kehilangan kad keahlian.
Tempoh keahlian adalah satu tahun sahaja dari tarikh pendaftaran. Pelanggan perlu memperbaharui keahlian mereka setiap tahun jika masih ingin menjadi ahli Perpustakaan UnIPSAS.
Semua keahlian Bersekutu adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Perpustakaan UnIPSAS dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.
Kategori Keahlian | Yuran Tahunan Perpustakaan (RM) | Deposit Perpustakaan (RM) | Cagaran Perpustakaan (RM) |
---|---|---|---|
Alumni KUIPSAS | 10 | 100 | RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari. |
Pesara KUIPSAS | Percuma | Percuma | RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari. |
Kakitangan Kerajaan | 50 | 100 | RM 300 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari. |
Orang luar / awam | 10 | 100 | RM 300 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari. |
Badan Korporat | 200 | 400 | RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari. (khas 8 orang kakitangan sahaja) |
Pelajar Jangka Masa Pendek | 10 | 100 | RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari. |
Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta | 30 | 100 | RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari. |