+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat

Keahlian

Keahlian Perpustakaan

Peraturan Am Keahlian Perpustakaan

  • Keahlian bagi pelajar UnIPSAS adalah secara automatik apabila mereka mendaftar sebagai pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. 
  • Bagi keahlian Pegawai Akademik, Pegawai Pengurusan dan Profesional dan Pegawai Sokongan perlu mendaftar dengan mengisi Borang Permohonan Keahlian Perpustakaan yang boleh didapati di kaunter utama perpustakaan. 

Kategori Keahlian

1. Pelajar Diploma/Ijazah Sarjana Muda / Sarjana 

2. Pegawai Pengurusan Tertinggi 

3. Pegawai Akademik. Termasuk :- 

  • Pensyarah 

  • Tutor 

  • Pegawai sementara 

  • Felo Akademik 

  • Dan lain-lain jawatan berkenaan 

4. Pegawai Pengurusan dan Profesional. Termasuk :- 

  • Pegawai sementara (sambilan, kontrak)

  • Dan lain-lain jawatan berkenaan 

5. Kakitangan Pengurusan dan Sokongan. Termasuk :- 

  • Pembantu Penyelidik 

  • Dan lain-lain jawatan berkenaan 

6. Keahlian Bersekutu. Termasuk :- 

  • Individu 

  • Institusi (kerajaan @ swasta) 

  • Alumni UnIPSAS 

  • Pesara UnIPSAS 

  • Kakitangan Kerajaan atau Pesara Kerajaan 

  • Orang Luar / Awam 

  • Badan Korporat 

  • Pelajar dari Institusi PengajianTinggi Awam atau Swasta 

Kategori Keahlian Perpustakaan

Status Keahlian 

  • Pelajar yang menangguhkan pengajian akan diberikan status suspended sehingga mereka menyambung semula pengajian.
  • Pelajar yang menarik diri dari pengajian atau tidak menamatkan pengajian atau digugurkan dari pengajian atau mana-mana perkara yang berkaitan akan diberikan status terminated.
  • Kakitangan yang sedang cuti belajar di dalam negara (selain UnIPSAS) akan diberikan status study leave. Walau bagaimanapun, beliau berhak menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan. 
  • Kakitangan yang sedang cuti belajar di luar Negara akan diberikan status suspended sehingga mereka kembali berkhidmat dengan UnIPSAS dan berhak menggunakan semua perkhidmatan perpustakaan kecuali perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan tarikh pinjaman bahan. 
  • Manakala kakitangan yang melanjutkan pelajaran di UnIPSAS akan menerima pakai keahlian sebagai kakitangan seperti sebelumnya dan berhak menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan. 

Keahlian Bersekutu

Peraturan Am Keahlian Bersekutu

Mana-mana individu atau institusi (kerajaan dan swasta) yang berminat untuk menjadi ahli Perpustakaan UnIPSAS boleh berbuat demikian dengan melengkapkan borang Permohonan Keahlian Bersekutu Perpustakaan dan Surat Jaminan dari majikan atau mana-mana pihak yang berkenaan beserta dua keping gambar.

Bagi keahlian bersekutu, caj RM10.00 dikenakan untuk kad keahlian.

Kutipan yuran kad keahlian diserahkan kepada pihak Bendahari UnIPSAS dalam tempoh 3 hari bekerja.

Resit pembayaran dari pihak Bendahari UnIPSAS akan diserahkan kepada pelanggan bersama-sama dengan kad keahlian luar.

Semua pelanggan keahlian bersekutu dibenarkan membuat rujukan dan menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan.

Setiap pelanggan keahlian bersekutu bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Perpustakaan sebarang pertukaran alamat atau kehilangan kad keahlian.

Tempoh keahlian adalah satu tahun sahaja dari tarikh pendaftaran. Pelanggan perlu memperbaharui keahlian mereka setiap tahun jika masih ingin menjadi ahli Perpustakaan UnIPSAS.

Semua keahlian Bersekutu adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Perpustakaan UnIPSAS dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.

Kategori Keahlian  Yuran Tahunan Perpustakaan (RM) Deposit Perpustakaan (RM) Cagaran Perpustakaan (RM)
 Alumni KUIPSAS   10    100  RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari.
 Pesara KUIPSAS   Percuma     Percuma  RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari.
 Kakitangan Kerajaan     50    100  RM 300 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari.
 Orang luar / awam   10   100  RM 300 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari.
 Badan Korporat     200   400  RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari. (khas 8 orang kakitangan sahaja)
 Pelajar Jangka Masa Pendek   10   100  RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari.
 Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta    30   100  RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari.
Loading...